KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan perjuangan di Kejohanan Badminton Kumamoto Masters, Jepun selepas bangkit membenam gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul untuk melangkah ke pusingan kedua.

Pasangan ranking No. 9 dunia itu diasak hebat selepas mencipta kemenangan ke atas gandingan Thailand tersebut menerusi keputusan 21-18, 21-23, 21-13 dalam masa 56 minit sekali gus melebarkan jurang rekod pertemuan ke atas beregu ke-28 dunia itu menjadi 2-0.

Pada peringkat kedua esok, Wei Chong-Kai Wun yang turun selaku beregu pilihan kelapan kejohanan bakal berdepan pasangan No. 14 dunia, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing terlebih dahulu mara ke kedua selepas mudah membenam cabaran wakil Kanada, Jonathan Lai-Crystal Lai 21-14, 21-14 dalam masa 30 minit.