PETALING JAYA – Perjalanan ke sekolah yang sepatutnya menjadi rutin harian bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sekumpulan murid di Pulau Tambisan, Lahad Datu, Sabah terpaksa menaiki bot merentasi perairan yang didakwa menjadi kawasan kehadiran buaya.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @labu8_7, beberapa murid dilihat menaiki sebuah bot dengan memakai jaket keselamatan untuk menuju ke destinasi mereka.

Lebih membimbangkan, rakaman tersebut turut memaparkan seekor haiwan dipercayai buaya sedang timbul di permukaan air, tidak jauh dari kawasan laluan bot berkenaan.

“Allahu, bertarung nyawa anak saudara saya pergi sekolah hari-hari. Dengan naik botnya, kemudian dengan buaya tengah menunggu,” tulisnya menerusi hantaran itu.