Kuala Lumpur: Negara berdepan ribuan cubaan serangan siber setiap bulan, sekali gus mendorong usaha memperkukuh keupayaan keselamatan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tengah-tengah ancaman keselamatan yang semakin canggih.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan siber, penggodaman serta aktiviti keganasan kini muncul sebagai ancaman keselamatan serius yang menuntut tahap kesiapsiagaan lebih tinggi daripada agensi pertahanan dan keselamatan negara.
Katanya, perbincangan sudah diadakan bersama kepimpinan tertinggi ATM bagi memperkasakan unit keselamatan siber pasukan itu dalam menangani ancaman yang semakin meningkat.
"Serangan siber ini serius, sel pengganas juga serius, begitu juga penggodaman dan serangan siber.






