LUMUT: Operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) tidak terjejas, meskipun Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kini berdepan tuduhan di mahkamah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata isu membabitkan Mohd Shuhaily tidak boleh mengakibatkan keseluruhan organisasi terhenti daripada menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

Malah, katanya disebabkan situasi itu pengalaman belum pernah dilalui sebelum ini, beliau sudah meminta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman memberikan tumpuan khusus dalam menghadapi keadaan sekarang.

"Saya beri jaminan operasi AKPS tidak terjejas kerana agensi ini penting dalam mengawal dan melindungi sempadan negara. Jadi tak boleh kerana disebabkan Ketua Pengarahnya maka seluruh organisasi itu terhenti.