WASHINGTON: Iran semalam mendakwa Amerika Syarikat (AS) melancarkan perang pencerobohan yang menyalahi undang-undang terhadap Tehran, serta memberi amaran akan 'melakukan tindak balas segera dan tegas' terhadap sebarang serangan ketenteraan baharu oleh AS mahupun Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Timbalan Perwakilan Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gholamhossein Darzi, menekankan perkara itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung situasi di Asia Barat.

Darzi turut mendakwa negara-negara Barat memutarbelitkan fakta dan mengabaikan punca sebenar ketegangan di rantau itu.

Katanya, Iran menyertai mesyuarat itu bagi menjelaskan punca sebenar konflik berkenaan tercetus.