TEHERAN: Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan rahsia ke atas Pulau Qeshm, Selat Hormuz, Iran, pada Isnin sehari sebelum pilihan raya pertengahan penggal diadakan di negara itu.

Serangan itu dilakukan selepas Presiden Donald Trump memberi isyarat berlaku kemajuan dalam rundingan dengan Iran manakala Teheran menawarkan untuk membuka Selat Hormuz selama dua hari dengan syarat ketat.

Seorang pegawai AS membe­ritahu pemberita bahawa pasukan tentera Iran menggunakan peluru berpandu darat ke udara terhadap aset AS, susulan laporan mengenai tembakan Iran yang menyasarkan sebuah pesawat Amerika.

Beberapa pegawai AS menyifatkan operasi itu sebagai usaha menghalang Iran daripada membangunkan keupayaan untuk mengancam atau menyerang kapal komersial yang melalui Selat Hormuz, antara laluan transit tenaga paling strategik di dunia.