Kuala Lumpur : Sambutan menggalakkan terhadap showcase penyanyi, Amir Masdi, menerusi AM:PM mendorong penganjur menambah satu lagi slot persembahan di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Disember ini.

Penambahan tarikh sehari lebih awal itu sekali gus memberi peluang kepada peminat yang terlepas mendapatkan tiket persembahan pada 20 Disember untuk menyaksikan aksi penyanyi berkenaan.

Pengarah Projek Ultimate Media, Ekmal Md Nor, berkata keputusan itu dibuat bagi memenuhi permintaan tinggi peminat yang tidak berpeluang mendapatkan tiket bagi persembahan malam pertama.

"Disebabkan permintaan tinggi dan demi tidak mengecewakan peminat tegar Amir, kami mengambil keputusan untuk menambah satu lagi hari.