KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan dijangka mengalami ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 6 petang pada Sabtu.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, kawasan terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.Menurut MetMalaysia, di Kedah, kawasan terlibat ialah Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Pendang, Kuala Muda, Yan dan Kota Setar.Di Perak, cuaca buruk dijangka melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah dan Manjung.Sementara itu, di Selangor, kawasan terlibat ialah Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.Di Negeri Sembilan, amaran berkenaan melibatkan Port Dickson, manakala seluruh kawasan Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disenaraikan.Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Miri (Marudi), Bintulu, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Matu), Sri Aman (Sri Aman dan Pantu) serta Limbang.Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Membakut), Tawau (Kalabakan dan Tawau) serta Pantai Barat (Papar).MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dan hujan lebat itu dikeluarkan pada pukul 3.10 petang, Sabtu dan berkuat kuasa sehingga 6 petang pada hari sama.
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

Key takeaways
Tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan akan mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 6 petang pada Sabtu.
- Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah akan terjejas.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disenaraikan dalam amaran.
- Kawasan tertentu di setiap negeri akan mengalami cuaca buruk.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Harian Metro , Berita Harian , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri
- Sinar Harian Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmakka2_378157.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
