ARAU - Seorang anak buruh binaan membuktikan kesusahan hidup bukan penghalang untuk mencapai kejayaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Konvokensyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke-21 di sini pada Sabtu.Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Luqmanul Hakim Hidayat, 24, berkata, pengalaman membantu bapanya, Hidayat Hilham, 60, yang bekerja sendiri sebagai buruh binaan sejak kecil banyak mengajarnya erti usaha, kesusahan dan pengorbanan.Menurutnya yang berasal dari Selangor, bapa dan ibunya, Noriza Basir, 60, yang merupakan suri rumah tidak pernah berputus asa untuk melihat enam anak mereka memperoleh kehidupan lebih baik menerusi pendidikan."Saya berasal daripada keluarga kurang berkemampuan. Ayah berusaha menyara keluarga dengan hanya sebuah motosikal sebagai pengangkutan."Ayah saya bekerja sebagai tukang rumah. Sejak kecil saya sering membantu ayah dalam kerja pembinaan dengan membancuh simen, mengikat bata dan mengangkat pasir. Di situ saya belajar erti usaha, kesusahan dan pengorbanan," katanya semasa berucap sebagai wakil graduan pada sesi pertama Konvokesyen ke-21 UniMAP di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra di sini.Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan anugerah Anugerah Pelajaran Diraja kepada Luqmanul Hakim dan seorang lagi penerima, Kung Zhern Liang yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer.Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor Unimap, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Pro Canselor UniMAP, Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.Luqmanul Hakim berkata, pengalaman tersebut menjadi pembakar semangat untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan sehingga berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 11A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Luqmanul Hakim berkata, selepas menduduki SPM, beliau menyambung pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Mekatronik di UniMAP pada 2020 ketika negara dilanda pandemik Covid-19."Selepas tiga tahun pengajian, saya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.94 selain dianugerahkan Pingat Emas Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-18."Saya meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan Kepujian di universiti sama sebelum diberi peluang menjalani latihan industri selama sebulan di Turkish Aerospace, Ankara, Turkiye pada 2025," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut berjaya mengimbangi kecemerlangan akademik dengan latihan ketenteraan apabila ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Darat pada September 2026.Luqmanul Hakim berkata, perjalanan selama tiga tahun dalam Palapes bukan mudah kerana beliau perlu membahagikan masa antara tuntutan akademik dan latihan ketenteraan yang dijalankan secara konsisten setiap ming