MELAKA - Keputusan pertama Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dijangka diketahui selewat-lewatnya jam 9.30 malam pada Sabtu, manakala keputusan rasmi bagi keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan sebelum tengah malam."Keputusan pertama kita boleh laporkan kepada rakyat selewat-lewatnya jam 9.30 malam dan keseluruhan keputusan kita jangka dapat dicapai sebelum jam 12 tengah malam," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim di sini pada Sabtu. Mengenai kadar keluar mengundi, Ramlan menyifatkan peratusan 31.07 peratus yang direkodkan setakat 11.25 pagi sebagai memberangsangkan dan yakin sasaran minimum 70 peratus pada pilihan raya kali ini mampu dicapai."Saya masih yakin dengan angka 70 hingga 75 peratus. Minimum 70 peratus boleh dicapai pada kali ini," katanya sambil menyeru orang ramai supaya keluar mengundi lebih awal berikutan ramalan hujan pada sebelah petang.Ramlan berkata, lebih 7,000 pengundi orang kurang upaya (OKU) berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat ini.Beliau berkata, pengundi wanita turut mencatatkan kadar keluar mengundi lebih tinggi berbanding lelaki berdasarkan data masa nyata yang diperoleh menerusi sistem OCR-VA SPR.Sementara itu, Ramlan berkata, sebanyak 301 kesalahan kecil pilihan raya direkodkan sehingga malam tadi, dengan kebanyakannya membabitkan pemasangan bahan kempen."Jumlah 301 itu saya tidak boleh kata satu angka yang rendah. Kita berharap perkara ini dapat dikurangkan lagi pada masa akan datang," katanya.Beliau turut menghargai kerjasama orang ramai yang tampil melaporkan kesalahan pilihan raya dan memaklumkan SPR telah mengambil tindakan terhadap aduan diterima.Menurut data SPR, sebanyak 675,166 pengundi layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi 28 kerusi DUN pada pilihan raya pada Sabtu. - Bernama
PRN Melaka: Keputusan pertama diketahui selewat-lewatnya jam 9.30 malam - SPR

Key takeaways
Keputusan PRN Melaka ke-16 dijangka dikeluarkan selewat-lewatnya jam 9.30 malam, dengan keseluruhan keputusan sebelum tengah malam.
- Keputusan pertama PRN Melaka dijangka dikeluarkan selewat-lewatnya jam 9.30 malam.
- Kadar keluar mengundi sebanyak 31.07 peratus pada pagi hari dianggap memberangsangkan.
- Sebanyak 301 kesalahan kecil pilihan raya direkodkan, kebanyakannya berkaitan bahan kempen.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by The Sun , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Akmal harap keputusan PRN Melaka seperti Johor, N Sembilan
- Sinar Harian PRN Melaka: Keputusan pertama diketahui selewat-lewatnya jam 9.30 malam - SPR (this story)
- Utusan Malaysia Keputusan pertama PRN Melaka selewat-lewatnya 9.30 malam








