Kota Tinggi: Projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bernilai kira-kira RM900 juta di Sedili, di sini, dijangka memulakan kerja tanah awal tahun depan selepas kontraktor bagi projek berkenaan dipilih.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata beliau dimaklumkan proses pemilihan kontraktor sudah selesai dan pihak terbabit perlu mengemukakan pelan sebelum kerja pembinaan dapat dimulakan.
Katanya, projek berkenaan dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat tahun untuk disiapkan selepas kerja pembinaan bermula.
"Kita difahamkan kontraktor sudah dipilih dan dengan demikian, apabila sudah ada kontraktor, saya percaya tahun depan projek itu boleh dimulakan.









