MELAKA – Sebanyak 301 kesalahan pilihan raya direkodkan sepanjang tempoh 14 hari berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesalahan direkodkan antaranya membabitkan pemasangan poster dan sepanduk di kawasan yang tidak dibenarkan, termasuk di persimpangan jalan sehingga berpotensi menghalang lalu lintas.

“Ia membabitkan kesalahan berkaitan bahan kempen dan sebagainya, contohnya pemasangan poster atau sepanduk di kawasan yang tidak sepatutnya, termasuk di persimpangan jalan yang mungkin menghalang lalu lintas,” katanya selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang.