Melaka: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan 301 kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh 14 hari berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesalahan direkodkan antaranya membabitkan pemasangan poster dan sepanduk di kawasan yang tidak dibenarkan, termasuk di persimpangan jalan sehingga berpotensi menghalang lalu lintas.

"Berdasarkan laporan kesalahan pilihan raya sehingga malam tadi, 301 kesalahan kecil pilihan raya dilaporkan.

"Ia membabitkan kesalahan berkaitan bahan kempen dan sebagainya, contohnya pemasangan poster atau sepanduk di kawasan yang tidak sepatutnya, termasuk di persimpangan jalan yang mungkin menghalang lalu lintas.