JAKARTA: Indonesia berharap AirBorneo Airways, syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, meningkatkan kekerapan laluan Jakarta-Kuching kepada perkhidmatan harian serta memperluas rangkaiannya ke destinasi lain di negara itu.
Harapan itu disuarakan susulan aliran pelancong antara Indonesia dengan Malaysia yang semakin meningkat.
Timbalan Bahagian Pemasaran Pelancongan Indonesia, Ni Made Ayu Marthini, menyambut baik perkhidmatan baharu AirBorneo yang beroperasi tiga kali seminggu.
Bagaimanapun, beliau berharap kekerapan penerbangan dapat ditingkatkan, selain diperluas ke destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia seperti Bandung dan Yogyakarta.









