Jakarta: Indonesia berharap AirBorneo Airways, milik kerajaan Sarawak, akan meningkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada perkhidmatan harian serta meluaskan hubungan ke destinasi lain di negara itu.
Ini memandangkan pertukaran pelancongan antara Indonesia dan Malaysia yang semakin berkembang ketika ini, kata Timbalan bahagian pemasaran pelancongan Indonesia Ni Made Ayu Marthini.
Marthini menyambut baik perkhidmatan baharu syarikat penerbangan itu yang beroperasi tiga kali seminggu namun menyuarakan harapan kekerapan penerbangan dapat ditingkatkan lagi terutamanya ke destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia seperti Bandung dan Yogyakarta
"Diharapkan selepas ini, akan ada penerbangan harian ke Jakarta, diikuti perkhidmatan ke destinasi lain di Indonesia, seperti Bandung, yang sangat popular dalam kalangan pelancong Malaysia dan sudah tentu Yogyakarta, bandar kegemaran saya.






