Jakarta: Parlimen Indonesia dijadualkan memilih Naib Presiden baharu negara ini pada 2 Disember depan, kata Speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), Ahmad Muzani, semalam.
Ia susulan peletakan jawatan oleh Gibran Rakabuming Raka yang juga anak kepada bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.
Penganalisis menyifatkan peletakan jawatan Gibran pada minggu ini sebagai boleh merenggangkan lagi hubungan antara Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dengan Jokowi.
Ia susulan Gibran berdepan tekanan politik kian meningkat daripada Ahli-ahli Parlimen sejak sebulan lalu selepas mahkamah tertinggi Indonesia memutuskan bahawa kelayakan pendidikannya tidak mencukupi untuk beliau bertanding merebut jawatan itu pada pilihan raya lalu.









