Sepang: Komuniti orang kurang upaya (OKU) bakal menikmati akses maklumat lebih inklusif menerusi pembangunan Hab Informasi OKU yang direka khusus mengikut keperluan golongan itu melalui laman web dan aplikasi mudah alih.
Ketua Penyelidik Projek Hab Informasi OKU dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Siti Fatimah Mohd Tawil berkata, pembangunan platform itu mengambil kira cabaran komuniti OKU dalam mengakses maklumat yang tersedia di Internet ketika ini.
Beliau berkata, meskipun pelbagai maklumat disediakan secara dalam talian, kebanyakannya masih tidak dapat diakses secara inklusif oleh komuniti OKU, contohnya seperti mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran.
"Sebagai contoh, OKU penglihatan sering memaklumkan kepada kami bahawa maklumat di laman web terganggu oleh penggunaan gambar dan elemen lain yang menyukarkan mereka mengakses kandungan.









