Kuala Lumpur : Pelakon, Syafiq Kyle menegaskan keputusannya menceburi bidang penerbitan bukan isyarat mahupun petanda bahawa dia bakal mengurangkan kerjaya lakonan diceburi selama ini.

Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 34, berkata, langkah menjadi penerbit sebaliknya didorong oleh keazaman untuk terus berkarya dengan lebih aktif, selain mencontohi aktor dan penerbit tersohor Hong Kong, Stephen Chow.

"Bagi saya bila menjadi seorang penerbit, itu bukan petanda (untuk kurangkan berlakon). Kalau kita lihat, contohnya Stephen Chow, kenapa beliau terbit karya dahulu? Mereka terbit karya sebab mahu berlakon lebih banyak.

"Bukan sebab nak berhenti berlakon atau sekadar mahu hasilkan filem sahaja. Sebaliknya, apabila ada bakat dan masa, lebih baik kita buat karya sendiri.