KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada harga tiket pawagam wajar diturunkan susulan pengumuman pengecualian duti hiburan menerusi Belanjawan 2027 terus mengundang perbezaan pandangan dalam kalangan penggiat industri perfileman.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Panchacharam Nalliah atau lebih dikenali sebagai Pansha, berpendapat penjimatan hasil pengecualian itu sewajarnya dinikmati penonton menerusi pengurangan harga tiket bagi menggalakkan lebih ramai kembali ke pawagam.

Pansha berkata, langkah itu wajar kerana selama ini duti hiburan ditanggung penonton menerusi harga tiket yang dibeli.

"Sebagai contoh, jika harga tiket RM20 dan duti hiburan sebanyak 25 peratus, bermakna ada penjimatan RM5. Jadi, harga tiket sepatutnya turun kepada RM15.