Dia bingung. Tidak keruan. Sejak dua minggu lalu, hatinya tidak tenteram. Galau. Resah-gelisah. Semuanya bercampur baur dalam derapan rasa menggugah sukma. Telah dialunnya zikir, solawat dan surah al-Insyirah memayung diri, namun belum cukup kuat untuk memagar hati yang sebal. Entah mengapa kali ini rencongnya sukar diubati. Entah mengapa kali ini galaunya membawa rasa sebal bertali. Dia diamuk badai kisah kawan serumah yang menikam daripada belakang. Dia dirasuk cerita sahabat sekampus yang gemar mengadu domba. Dia dipukau kisah dan cerita menganggu damainya hati. Barangkali jika berlama-lamaan mendengar kisah dan cerita menusuk jiwa pasti fizikalnya turut lesu dan tidak bermaya.

Jadi, dia tidak mahu mental dan fizikalnya dipancung dan dipasung. Dia sangat jelek dengan kisah dan cerita yang tidak membawanya kepada indahnya kebenaran, kebaikan dan keindahan yang dijulang dalam Islam. Kebenaran (al-Haqq), kebaikan (al-Khayr) dan keindahan (al-Jamal) sangat dituntut dalam gagasan Takmilah yang dijana oleh sarjana menetap di Bangi.