KOTA TINGGI – Keputusan muktamad mengenai hala tuju kerajaan perpaduan wajar diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, manakala pihak lain tidak perlu terlalu berlebih-lebihan dalam mengulas isu berkenaan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata segala ketetapan berhubung tindakan seperti pembubaran, pemecatan mahupun penggantungan adalah tertakluk di bawah budi bicara Perdana Menteri sepenuhnya.
”Pokoknya segala-galanya terserah pada Perdana Menteri, dia nak bubar ke, dia nak pecat ke, dia nak gantung ke, dia nak apa ke, semuanya pada dia,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Madani – Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO) Di Sekolah Kebangsaan Panchor, di sini hari ini.









