KOTA TINGGI – Keputusan sama ada Parlimen dibubarkan atau sebaliknya susulan kemelut hubungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan yang perlu diambil susulan perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini."Pokoknya segala-galanya terserah pada Perdana Menteri, dia nak bubar ke, dia nak pecat ke, dia nak gantung ke, dia nak apa ke, semuanya pada dia," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Peluncuran Sekolah Angkat Madani - Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO) Di Sekolah Kebangsaan Panchor, di sini pada Sabtu.Sebelum ini, media melaporkan pembubaran Dewan Rakyat antara empat pilihan dikemuka UMNO bagi menangani kemelut hubungan dengan DAP, susulan perbezaan pendirian pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata tiga pilihan lain ialah mendapatkan pengantara menerusi majlis perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan atau mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan.Dalam perkembangan sama, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, landskap politik negara mungkin menyaksikan perbezaan kerjasama antara parti di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menjadi satu kebiasaan pada masa hadapan.Katanya, keadaan itu perlu diterima kerana parti yang bekerjasama di peringkat pusat tidak semestinya mempunyai pendirian sama di peringkat negeri.Beliau turut mengambil contoh Sarawak yang menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri."Kita dah masuk satu keadaan politik di mana kena terima hakikat, kita mungkin akan datang ini menjadi satu kebiasaan."Mungkin kerajaan pusatnya berbeza dengan kerajaan negeri. Mungkin dalam kerajaan pusat ada parti-parti yang bentuk kerajaan negeri, tetapi di negeri, mungkin dia tidak menerima penyertaan parti-parti yang membentuk kerajaan di pusat," katanya.Mengulas kerjasama UMNO dan Pas pula, beliau berkata, gabungan kedua-dua parti itu tidak bermaksud menolak perpaduan dengan kaum lain.Sebaliknya, katanya, kerjasama antara parti Melayu juga satu bentuk perpaduan yang baik dan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha mengetepikan kaum lain.Ketegangan antara UMNO dan DAP tercetus susulan perbezaan pendirian berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ia turut menyaksikan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri daripada UMNO dan Barisan Nasional supaya meletakkan jawatan dalam Kabinet sekiranya tidak lagi menyokong kepimpinan Anwar.Ahmad Zahid bagaimanapun menolak desakan itu dengan menegaskan sokongan BN terhadap Anwar di peringkat Persekutuan tidak pernah berbelah bahagi.
Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled Nordin

Key takeaways
Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, menyatakan bahawa keputusan sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak susulan kemelut UMNO-DAP diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Khaled Nordin berkata Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk menentukan tindakan susulan perbezaan pendirian parti.
- Media melaporkan pembubaran Dewan Rakyat antara empat pilihan dikemukakan UMNO untuk menangani kemelut dengan DAP.
- Khaled Nordin menambah bahawa perbezaan kerjasama parti di peringkat pusat dan negeri mungkin menjadi kebiasaan pada masa hadapan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled Nordin (this story)









