Key takeaways
Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, menegaskan bahawa segala keputusan berhubung kemelut hubungan antara UMNO dan DAP, termasuk kemungkinan pembubaran Dewan Rakyat, adalah sepenuhnya kuasa Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Mohamed Khaled menyatakan PM Anwar Ibrahim mempunyai kuasa penuh untuk menentukan tindakan susulan perbezaan pendirian parti dalam Kerajaan Perpaduan.
- Pernyataan ini dibuat semasa mengulas empat pilihan yang dikemukakan UMNO bagi menangani kemelut hubungan dengan DAP.
- Salah satu pilihan yang dikemukakan oleh UMNO termasuk cadangan pembubaran Dewan Rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
KOTA TINGGI: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan segala keputusan berhubung kemelut hubungan antara UMNO dan DAP, termasuk kemungkinan pembubaran Dewan Rakyat, terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan yang perlu diambil susulan perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
"Pokoknya segala-galanya terserah pada Perdana Menteri, dia nak bubar ke, dia nak pecat ke, dia nak gantung ke, dia nak apa ke, semuanya pada dia," katanya diminta mengulas empat pilihan yang dikemukakan UMNO bagi menangani kemelut hubungan dengan DAP, termasuk cadangan pembubaran Dewan Rakyat.