KOTA TINGGI – Projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bernilai kira-kira RM900 juta di Sedili, di sini, dijangka memulakan kerja tanah tahun depan selepas proses pemilihan kontraktor selesai.Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kontraktor bagi projek berkenaan sudah dipilih dan kini perlu mengemukakan pelan sebelum kerja pembinaan dapat dimulakan.Menurutnya, projek berkenaan dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat tahun untuk disiapkan selepas kerja pembinaan bermula."Saya difahamkan kontraktor sudah dipilih dan dengan demikian, apabila sudah ada kontraktor, saya percaya tahun depan projek itu boleh dimulakan."Insya-Allah, saya akan cuba minta disegerakan. Saya percaya mereka perlu mengemukakan pelan dan sebagainya, tetapi pokoknya tahun depan sudah boleh mula kerja tanah," katanya.Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas merasmikan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Panchor, di sini, pada Sabtu.Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pembinaan hospital pengajar itu bukan sahaja penting untuk melahirkan lebih ramai doktor dan pakar perubatan, malah berperanan sebagai pusat penyelidikan bagi menghasilkan penemuan baharu dalam bidang kesihatan.Katanya, cadangan membina hospital pengajar USIM di Kota Tinggi dikemukakan ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan Tinggi sebelum ini bagi memperluas penyelidikan kesihatan, khususnya membabitkan masyarakat luar bandar termasuk penduduk Felda dan nelayan.Menurutnya, penyelidikan itu penting bagi mengenal pasti corak penyakit serta keperluan kesihatan dalam kalangan komuniti setempat."Hospital universiti memainkan peranan penting bukan sahaja mengeluarkan doktor dan pakar, tetapi juga menjalankan penyelidikan."Kita mahu mengetahui penemuan ilmu baharu berkaitan penyakit dan sebagainya dalam kalangan masyarakat luar bandar, khususnya penduduk Felda dan nelayan," katanya.Beliau berkata, kebanyakan hospital pengajar universiti ketika ini tertumpu di Lembah Klang dan beberapa negeri lain, justeru pembinaan fasiliti berkenaan di Johor mampu mengisi keperluan penyelidikan kesihatan di kawasan berkenaan.Tambahnya, projek itu juga dijangka membawa perubahan kepada kawasan Sedili selain membuka peluang pembangunan baharu di kawasan berhampiran yang mempunyai potensi pelancongan seperti Desaru dan Teluk Sengat.Katanya, pembangunan berkenaan selari dengan perancangan untuk merancakkan pertumbuhan di kawasan pesisir pantai itu berdasarkan potensi yang dimilikinya.
Hospital Pengajar USIM RM900 juta mula dibina tahun depan

Key takeaways
Hospital Pengajar USIM bernilai RM900 juta di Kota Tinggi akan mula dibina tahun depan selepas kontraktor dipilih.
- Hospital Pengajar USIM bernilai RM900 juta akan dibina di Sedili, Kota Tinggi.
- Kerja tanah dijangka bermula tahun depan selepas kontraktor dipilih.
- Hospital ini bertujuan melahirkan doktor dan menjadi pusat penyelidikan kesihatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Hospital Pengajar USIM RM900 juta mula dibina tahun depan (this story)









