KUALA LUMPUR: DAP membidas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dengan menegaskan tindakan parti Melayu itu sendiri yang menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramkarpal Singh, berkata UMNO yang mula menjalinkan hubungan politik dengan PAS, selain membuat kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya mendesak pembubaran Parlimen.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata tindakan berkenaan menunjukkan UMNO tidak menghormati semangat Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dimeterai pada 16 Disember 2022.
"Hubungan dan penjajaran politik yang berterusan antara UMNO/Barisan Nasional (BN) dengan PAS, meskipun UMNO adalah rakan teras dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).









