Kuala Lumpur: Bermula sekadar gurauan bersama pengikut di media sosial mengenai idea menyediakan perkhidmatan sewa basikal, seorang pemuda tidak menyangka ia akhirnya menjadi kenyataan sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan.
Muhammad Adam Amri Alias, 25, dari Kuala Nerus, Terengganu berkata, idea itu tercetus pada Ogos lalu ketika melihat rumahnya dipenuhi beberapa basikal lama sebelum dia bergurau dengan pengikutnya mengenai kemungkinan menawarkan perkhidmatan berkenaan.
Katanya, idea itu mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya sebelum dia mula memikirkan secara serius potensi untuk merealisasikannya.
"Pada mulanya memang sekadar bergurau tetapi saya fikir tidak salah untuk mencuba sebelum saya membeli dua basikal Jepun sebagai percubaan.









