BESUT: Bergelumang dengan lum­pur, meredah paya bakau serta terpaksa berdepan anca­man haiwan berbisa bukan peng­halang buat dua sahabat men­jadikan kawasan berkenaan sebagai lubuk rezeki memburu udang pusu.

Bagi Mohd. Azuan Mahadi, 31, dan Mat Shahrul Izwan Mat Ghani, 39, dari Kampung Se­berang Limbongan, pada awal­nya makanan laut itu dicari untuk dimakan sendiri selain mencari ketam nipah untuk dijual.

Mohd. Azuan berkata, mereka tidak pernah mengetahui ke­wujudan udang berkenaan se­hinggalah menemukannya se­cara tidak sengaja ketika mencari hasil laut di kawasan paya bakau.

Menurutnya, minat untuk men­cari udang itu semakin men­­dalam selepas melihat hi­dangan berkenaan ketika ber­kunjung ke Indonesia kira-kira dua tahun lalu.