Petaling Jaya: Hasrat seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Depot untuk mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke sekolahnya akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau hadir memeriahkan Karnival Anak Malaysia hari ini.

Momen itu mencuri perhatian selepas Anwar berkongsi sendiri kunjungannya ke sekolah berkenaan menerusi satu hantaran di Threads.

Menurut Anwar, meskipun mempunyai jadual yang padat, beliau tetap meluangkan masa untuk singgah ke sekolah berkenaan bagi memenuhi jemputan murid itu.

"Baru-baru ini saya terima jemputan daripada Muadz, murid SK Polis Depot, untuk datang ke Karnival Anak Malaysia di sekolahnya.