KUALA LUMPUR - Hasrat seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Depot untuk melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program di sekolahnya menjadi kenyataan apabila pemimpin nombor satu negara itu meluangkan masa mengunjungi Karnival Anak Malaysia anjuran sekolah berkenaan pada Sabtu. Anwar berkata, meskipun mempunyai jadual tugas yang padat, beliau tetap meluangkan masa memenuhi undangan murid yang dikenali sebagai Muadz itu, selain turut memanfaatkan kunjungan singkat itu untuk meninjau sendiri keperluan infrastruktur dan keselamatan warga sekolah berkenaan."Alhamdulillah, terkejut juga tengok meriahnya karnival ini, dah macam hari keluarga! Seronok tengok anak-anak bersemangat menyertai pelbagai aktiviti, ada berpakaian seperti polis, tentera dan bomba, di samping ibu bapa pun turut sama memeriahkan karnival anjuran sekolah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Anwar berkata, ketika mengunjungi sekolah terletak di kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak itu, beliau turut meluangkan masa mendengar sendiri daripada guru besar tentang beberapa perkara yang memerlukan perhatian, khususnya keadaan kemudahan sekolah serta keselesaan dan keselamatan murid. "Insya-ALLAH, saya akan teliti perkara yang dibangkitkan untuk tindakan lanjut," katanya.Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Muadz dan seluruh warga sekolah atas sambutan mesra yang diberikan, selain menitipkan pesanan agar generasi muda terus bersemangat menuntut ilmu demi masa depan negara."Saya doakan kalian berjaya dalam mengejar cita-cita serta suatu hari nanti dapat berbakti kepada masyarakat dan negara," katanya. - Bernama
Anwar tunai jemputan Muadz, hadiri Karnival Anak Malaysia

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Karnival Anak Malaysia di SK Polis Depot walaupun mempunyai jadual sibuk.
- Anwar memenuhi jemputan murid bernama Muadz untuk menghadiri karnival di sekolahnya.
- Beliau meninjau keperluan infrastruktur dan keselamatan warga sekolah.
- Anwar menggalakkan generasi muda terus menuntut ilmu untuk masa depan negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Anwar tunai jemputan Muadz, hadiri Karnival Anak Malaysia (this story)








