Key takeaways
Seorang lelaki berusia 30-an maut ditikam pada dada dalam pergaduhan di Sulaman Sentral, Manggatal, Kota Kinabalu, awal pagi tadi. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas kira-kira jam 6 pagi.
- Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi di sebuah bangunan di Sulaman Sentral, Manggatal.
- Mangsa berusia 30-an dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas oleh abangnya.
- Pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu telah ke lokasi untuk siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut ditikam pada dada dalam pergaduhan dengan individu dipercayai dikenalinya di sebuah bangunan di Sulaman Sentral, Manggatal, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 30-an dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas oleh abangnya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi.
Susulan kejadian itu, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.