Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas dipercayai ditikam pada bahagian dada di sebuah taman awam di Jalan Gambir, Sibu, manakala polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.
SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas dipercayai ditikam dengan senjata tajam di dada di sebuah taman awam di Jalan Gambir di sini, kira-kira 12 tengah malam tadi.
Mangsa difahamkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Menurut maklumat awal, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.







