Kuala Lumpur: Bermula dengan penolakan dan ketidakpercayaan, seorang remaja berusia 16 tahun akhirnya mampu membina semula keyakinan dirinya selepas hampir dua tahun menjalani sesi kaunseling bersama pegawai psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Psikologi JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Kogilavaani Elawarise, berkata, remaja itu kehilangan kedua-dua ibu bapanya sebelum dijaga di rumah pengasuh, namun kurang mendapat kasih sayang dan sokongan yang diperlukan.

Beliau berkata, sesi pertama hingga keempat bukan mudah apabila remaja terbabit tidak memberi respons, menolak dan enggan mempercayai bahawa sesi kaunseling dapat membantunya.

"Bila pertama kali jumpa untuk sesi kaunseling, dia tak percaya kaunseling…dia percaya ia hanya untuk 'brainwash' (mempengaruhi pemikiran), jadi dia banyak fikir negatif.