SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas dipercayai ditikam dengan senjata tajam di dada di sebuah taman awam di Jalan Gambir di sini, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Mangsa difahamkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurut maklumat awal, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa kes itu masih dalam siasatan lanjut.