Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh bersama isteri ketika membuang undi di pusat pengundian DUN Merlimau di SK Merlimau.MERLIMAU: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berharap keputusan PRN Melaka hari ini memihak kepada Barisan Nasional (BN), seperti yang disaksikan pada pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini.
Beliau berkata pelbagai isu yang dibangkitkan pihak lawan sepanjang kempen tidak semestinya menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya itu.
“Kita berharap keputusan sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan akan berlaku hari ini,” katanya selepas mengundi di SK Merlimau.
Terdahulu, Akmal tiba di pusat mengundi pada 8.40 pagi bersama isteri dan ahli keluarganya sebelum selesai menunaikan tanggungjawab itu kira-kira 8.50 pagi.








