Samsinar Abdullah ditemani bapanya Abdullah Abd Rahman bersama abang serta kakak iparnya untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram hari ini.MASJID TANAH: Seorang pengundi muda membuktikan pergerakan terbatas akibat strok bukan penghalang untuk menunaikan tanggungjawabnya di peti undi buat julung kali.
Samsinar Abdullah, 21, berkata keinginan merasai pengalaman mengundi tidak pernah luntur, malah beliau teruja melihat bendera pelbagai parti menghiasi kawasan sekitar.
"Saya memang bersemangat nak keluar mengundi walaupun saya sakit. Ini pertama kali saya mengundi," katanya selepas mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram yang ditemani bapanya, Abdullah Abd Rahman, 71, abang serta kakak iparnya.








