SHAH ALAM - Penyalahgunaan pas pelajar serta pas lawatan sosial (PLS) selain wujud peranan individu tertentu yang menawarkan tempat tinggal antara helah warga asing berada dalam Malaysia secara haram.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sememangnya mengakui modus operandi warga asing yang masuk pada mulanya secara sah tetapi terus tinggal negara ini secara tidak sah.Menurutnya, pihak jabatan mengenal pasti pelbagai modus operandi warga asing yang berada di negara ini secara tidak sah hasil operasi penguatkuasaan di seluruh negara."Ada antara mereka masuk menggunakan pas pelancong, pas pelajar atau pas khas, tetapi menyalahgunakannya dan melakukan kesalahan imigresen."Oleh kerana ini, JIM sentiasa meningkatkan penguatkuasaan terutama kawasan-kawasan hotspot yang menjadi tumpuan warga asing. Aktiviti penguatkuasaan ini berdasarkan risikan, pemantauan dan juga maklumat orang awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.Zakaria berkata, JIM mempunyai data warga asing yang masuk secara sah tetapi tidak keluar sehingga tamat pas, namun, pihaknya tidak mempunyai maklumat lokasi keberadaan mereka.Katanya, kerana itu pihak jabatan mengharapkan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk salurkan kepada JIM melalui saluran rasmi bagi tindakan siasatan dan penguatkuasaan yang bersasar berdasarkan lokasi hotspot tumpuan warga asing yang dikenal pasti.Dalam pada itu, Zakaria memaklumkan, pada tahun ini bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober, JIM melaksanakan sebanyak 11,808 operasi penguatkuasaan, melibatkan pemeriksaan terhadap 155,498 individu dan tangkapan seramai 70,195 pendatang asing tanpa izin (PATI)."JIM merekodkan pelbagai kejayaan operasi termasuklah menumpaskan sindiket penyeludupan migran, kegiatan penipuan dalam talian, pemalsuan dokumen dan pemerdagangan orang."JIM akan terus memperkukuh risikan, operasi penguatkuasaan dan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain agar isu PATI ini dapat ditangani dengan tuntas bagi memastikan keselamatan penduduk tempatan terus terjamin," ujarnya.Pada Rabu lepas, Lans Koperal Thierry Rodger Fendy, 26, putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang di sebuah premis kediaman di sekitar Desa Aman Puri, Kepong.Siasatan mendapati suspek lelaki berusia 32 tahun itu pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018 selain pasport yang tamat tempoh sejak 2020.
'Masuk secara sah, tapi salah guna pas pelajar, PLS' - JIM

Key takeaways
Warga asing masuk secara sah tetapi menyalahgunakan pas pelajar dan PLS untuk tinggal di Malaysia secara tidak sah, menurut JIM.
- JIM mengenal pasti modus operandi warga asing yang tinggal secara tidak sah walaupun masuk secara sah.
- JIM meningkatkan penguatkuasaan di kawasan hotspot yang menjadi tumpuan warga asing.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Anwar mahu pelajar pondok ‘masuk’ universiti
- Sinar Harian 'Masuk secara sah, tapi salah guna pas pelajar, PLS' - JIM (this story)








