SHAH ALAM - Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diminta memperhalusi keluhan ibu bapa ekoran anak-anak terpaksa menjalani Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) jauh dari tempat tinggal masing-masing.Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima banyak aduan daripada ibu bapa berhubung permasalahan itu khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.Atas dasar itu, Asyraf Wajdi memaklumkan telah meminta pengurusan Mara untuk meneliti perkara tersebut dan menyelesaikannya dengan kadar segera bagi mengelakkan hak dan kebajikan golongan susah dinafikan."Saya tidak mahu hanya kerana terpaksa menjalani ujian UKKM selepas Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di lokasi yang terlalu jauh daripada alamat sebenar, menafikan hak serta kebajikan golongan miskin dan berpendapatan rendah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Asyraf Wajdi juga membuka ruangan komennya di Facebook sebagai platform untuk ibu bapa menyampaikan aduan supaya dapat diselesaikan segera.Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya sudahpun meminta pegawai-pegawai Mara untuk menghubungi ibu bapa yang berdepan masalah itu."Kalau sehingga Isnin, ada lagi yang komen di ruangan Facebook ini (sama ada) belum atau tidak dihubungi oleh pegawai-pegawai Mara, sila maklumkan kembali pada saya," ujarnya.
Asyraf Wajdi minta Mara teliti aduan UKKM jauh dari rumah

Key takeaways
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, meminta pengurusan agensi itu meneliti aduan ibu bapa miskin dan berpendapatan rendah yang terpaksa menjalani Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) jauh dari rumah.
- Asyraf Wajdi menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai lokasi ujian UKKM yang terlalu jauh.
- Pegawai Mara diarahkan menghubungi ibu bapa yang berdepan masalah tersebut.
- Ibu bapa diminta memaklumkan semula jika belum dihubungi oleh pegawai Mara sehingga hari Isnin.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Denda sudah dibayar, kenapa tangguh - Asyraf Wajdi
- Sinar Harian Asyraf Wajdi minta Mara teliti aduan UKKM jauh dari rumah (this story)









