Taman Sri Muda antara kawasan bawah DUN Kota Kemuning yang sering dilanda banjir. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Adun Kota Kemuning, S Preakas menggesa pelaksanaan 47 projek tebatan banjir di Selangor yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 negeri itu dipercepat demi kesejahteraan penduduk.
Preakas berkata beliau mengalu-alukan peruntukan RM36.45 juta bagi 47 projek tebatan banjir di Selangor yang diumumkan Menteri Besar Amirudin Shari semalam ketika membentangkan belanjawan negeri itu bagi 2027.
"Bagaimanapun, projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini perlu disusuli dengan pelaksanaan segera, termasuk mempercepat proses kelulusan dan memulakan reka bentuk projek lebih awal.
S Preakas."Bagi keluarga yang terpaksa berjaga malam memerhatikan paras air setiap kali hujan lebat, kemajuan paling bermakna ialah apabila risiko banjir di kawasan mereka benar-benar berkurang," katanya kepada FMT.








