MELAKA: Berkerusi roda sendirian ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang di sini, mencerminkan kesungguhan Yusof Taib, 70, melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Bangun seawal 6.30 pagi, beliau tidak mahu melepaskan peluang mengundi seperti yang sudah dilakukannya bertahun-tahun.

"Saya duduk tepi jalan tadi perhatikan kereta. Saya suka duduk tepi jalan, nampak kereta banyak pergi balik.

"Saya memang tiap-tiap pagi macam tu. Saya dah mengundi sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri, jadi semangat keluar mengundi tetap ada," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.