Seramai 669,211 pengundi berdaftar dalam daftar pemilih bagi PRN Melaka, yang diadakan susulan pembubaran DUN pada 23 September.PETALING JAYA: Seramai 120,162 atau 17.96% pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN Melaka setakat 10 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah itu lebih tinggi berbanding peratusan keluar mengundi sebanyak 17.00% yang direkodkan pada waktu sama dalam PRN sebelum ini pada November 2021.
SPR berkata Taboh Naning mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 19.97%, diikuti Serkam (19.94%) dan Tanjong Bidara (19.92%).
Peratusan keluar mengundi terendah pula direkodkan di Kesidang (15.27%), Bandar Hilir (16.00%) dan Sungai Udang (16.39%).








