Melaka: Sejumlah 31 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, setakat 11.30 pagi ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kadar itu menunjukkan perkembangan memberangsangkan, namun orang ramai tetap digesa keluar mengundi lebih awal berikutan ramalan hujan pada sebelah petang.
"Berdasarkan kepada kadar (peratusan) keluar mengundi pada masa ini, jumlah keluar mengundi adalah 31.07 peratus dan kadar ini agak memberangsangkan.
"Bagaimanapun, saya tetap menyeru orang ramai untuk keluar lebih awal mengundi kerana kita takut cuaca yang diramalkan akan berlaku hujan pada sebelah petang," katanya pada sidang media di pusat pengundian DUN Kesidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Malim, di sini, hari ini.









