Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan keputusan pertama PRN Melaka ke-16 dijangka diketahui selewat-lewatnya pada 9.30 malam ini.
MELAKA: Keputusan pertama Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dijangka diketahui selewat-lewatnya pada 9.30 malan ini, manakala keputusan rasmi bagi keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan sebelum tengah malam.
“Keputusan pertama kita boleh laporkan kepada rakyat selewat-lewatnya pada 9.30 malam dan keseluruhan keputusan kita jangka dapat dicapai sebelum 12 tengah malam,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim di sini hari ini.








