Microsoft berkata gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau berpunca daripada sejumlah pelayan tiba-tiba tidak dapat berfungsi, bukannya disebabkan pertambahan trafik.(Gambar AFP)ISTANBUL: Microsoft pada Khamis memaklumkan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau berpunca daripada sejumlah pelayan tidak dapat berfungsi secara tiba-tiba, bukan peningkatan trafik pengguna.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Microsoft 365 Status dalam kemas kini terbaharu menerusi platform X memaklumkan gangguan itu menyebabkan beban tambahan kepada infrastruktur masih beroperasi.

"Kami mendapati peningkatan beban itu bukan disebabkan pertambahan trafik, sebaliknya berpunca daripada sejumlah pelayan tiba-tiba tidak dapat berfungsi," menurut syarikat itu sambil menambah usaha sedang dijalankan untuk memulihkan operasi pelayan terjejas dengan selamat.