Washington: Perkhidmatan e-mel Microsoft Outlook mengalami gangguan besar di beberapa rantau pada Khamis, menyebabkan puluhan ribu pengguna gagal mengakses e-mel masing-masing.
Microsoft memaklumkan pihaknya sedang berusaha keras untuk mengurangkan kesan gangguan itu yang turut dipercayai menjejaskan beberapa produk lain syarikat berkenaan.
Menurut Microsoft, masalah sambungan itu berpunca daripada peningkatan beban pada infrastruktur syarikat di beberapa rantau.
Pada awalnya, Microsoft berkata pihaknya sedang menyiasat laporan gangguan di rantau Amerika, sebelum mengesahkan masalah itu berkemungkinan menjejaskan sambungan perkhidmatan Microsoft 365 di semua rantau.









