Paris: Sekumpulan perompak bersenjata melarikan barangan bernilai lebih sejuta euro (kira-kira RM4.7 juta) dari sebuah kedai barang kemas De Beers di Paris pada Khamis.

Mereka melarikan diri menggunakan skuter, menurut pihak berkuasa dan sumber polis kepada AFP.

Suspek yang membawa senjata laras panjang menyasarkan kedai berkenaan di daerah ke-2 bandar itu kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.

Ketika melakukan rompakan, mereka mengacukan senjata tetapi tidak melepaskan tembakan dan tiada mangsa dilaporkan cedera, menurut polis Paris.