KUALA LUMPUR: Sebanyak 114,834 permohonan pembiayaan bernilai RM29.6 bilion diluluskan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi tempoh 2021 hingga Ogos lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata seramai 63,276 atau 50.9 peratus penerima SJKP terdiri dalam kalangan golongan muda.
Katanya, skim itu membantu pembeli rumah pertama, termasuk golongan muda, pekerja ekonomi gig dan individu tidak mempunyai pendapatan tetap, mendapatkan pembiayaan perumahan melalui jaminan kerajaan sehingga RM500,000.
"Pencapaian ini mencerminkan sumbangan SJKP dalam memperluas peluang golongan muda mendapatkan pembiayaan perumahan, khususnya mereka yang sebelum ini berdepan kekangan memenuhi syarat pembiayaan konvensional.









