WASHINGTON – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendakwa Korea Utara mendalangi kecurian aset maya bernilai lebih AS$6 bilion (RM24 bilion) daripada Binance, sekali gus mencatatkan sejarah sebagai rompakan mata wang kripto terbesar setakat ini.
Kenyataan daripada agensi penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat itu dibuat ketika Binance memberi jaminan bahawa pihaknya sedang menampung kerugian akibat serangan penggodaman tersebut, dengan menyatakan bahawa ia telah menggunakan dana syarikat untuk membeli token bagi menggantikan 90 peratus daripada apa yang telah dicuri.
Binance merupakan bursa kripto terbesar di dunia berdasarkan volum dagangan harian.
Berita mengenai serangan siber itu menyebabkan harga kebanyakan mata wang kripto utama jatuh mendadak pada kelmarin.










