WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sahkan Korea Utara bertanggungjawab menyusup dan mencuri mata wang kripto bernilai lebih AS$6 bilion (RM24.35 bilion) daripada Binance.

Katanya, jenayah siber itu turut mencatatkan rekod kes penggodaman terbesar dalam sejarah mata wang digital.

"Ini disahkan FBI bersama rakan kerjasama di Perkhidmatan Rahsia (SS) AS dan Jabatan Siasatan Jenayah Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS-CI).

"Pihak berkuasa mengesan kumpulan TraderTraitor menukar aset yang dicuri, terutamanya kepada Ethereum," kata FBI dalam kenyataan rasmi pada 31 Oktober.