Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-13 dalam edisi 2027 "The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims", diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) yang berpangkalan di Jordan.
Menurut edisi tahunan ke-18 penerbitan itu yang boleh diakses menerusi https://themuslim500.com, Anwar mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, menerajui Kerajaan Perpaduan di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH).
Laporan itu menyatakan bahawa Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengutamakan strategi peralihan digital dan ekonomi yang mantap untuk Malaysia menerusi kerangka Malaysia MADANI yang menjadi gagasan beliau, dengan meletakkan kecerdasan buatan, semikonduktor, pusat data, pengkomputeran awan dan peralihan tenaga sebagai teras agenda strategik kerajaan.









