PETALING JAYA: Isetan Kuala Lumpur memperkenalkan Pesta Kecantikan Isetan 2026 buat julung kalinya dengan menampilkan 100 produk kecantikan berprestij menerusi pameran khas Wall of Fame, bersempena sambutan ulang tahun ke-140 Isetan di Jepun.
Festival yang berlangsung dari 13 hingga 29 November di Isetan KLCC dan Isetan The Gardens itu menghimpunkan pelbagai jenama kecantikan antarabangsa merangkumi produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut dan wangian. Antara jenama yang mengambil bahagian ialah Burberry Beauty, Chantecaille, Clarins, Estée Lauder, Hermès Beauty, Lancôme, La Prairie, NARS, Shiseido dan SK-II.
Pameran berkenaan bukan sahaja mengetengahkan produk terlaris, malah turut mengangkat sejarah, inovasi, kepakaran serta warisan jenama yang membentuk perkembangan industri kecantikan global.









